Laman

Minggu, 22 Juli 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem =)



Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut ramadhan tahun ini..
Semoga usaha dan amalan kita lebih diberkati di bulan yang penuh mulia ini =)

Salam Ramadhan buat semua =)

Alhamdulillah dah masuk 2 ramadhan dah..
Tahun ni, kitorang menyambut ramadhan dengan keluarga kecik kami sahaja ;)
Saya berharap selain dari meningkatkan amalan di bulan mulia ni, saya juga dapat mengurangkan ke bazar ramadhan ;)
Tahun ni niat nak full masak, tahun2 lepas masak juga, tapi ada juga time yang menapau tuh, kalau dah tak sempat sgt kan..Tapi tahun ni, kitorang dah planned what to prepare during breakfasting and bersahur ;). Ini perlu, sebab hubby kemungkinan besar takkan join saya berbuka.. so saya kene prepare sendiri bersama my lil chef, Mareesa =). Diharap dipermudahkan untuk kami sepanjang ramadhan ini..juga untuk menunaikan terawih ;).

Bila sebut terawih, lama betul tak berjemaah kat surau2.. Lagi2 sejak ada anak ni.. bukan saya kata anak sebagai penghalang, tapi bukankah lebih baik si ibu yang ada anak2 kecik ni, menunaikan solat terawih ni di rumah je, agar tak mengacau jemaah lain..kan..kan.. lagipun Mareesa jenis tidur awal.. hubby pulak, kalau dia dapat balik awal, harus suruh ke surau tuh.. lebih afdal ;)

Kesimpulannya, semua orang pun nak Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermakna buat diri masing masing kan..kan.. Mari kita berpositif sahaja atas apa jua dugaan dan rintangan.. Semoga kita semua direstui -Nya..

Amin dan selamat beramal ;)

Nota kaki :
Bersahur dengan ikan pekasam, memang mengancam!

source list: , , , , , TEMPLATE BY Opa Soparudin © 2012. Just for Sharing!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar